Tuesday, June 20, 2017

PENGAJARAN

PENGAJARAN DARI SURAH AL-MASAD

1. Allah SWT memberi jaminan supaya jangan takut apabila ada orang menentang seruan Islam kerana mereka pasti akan binasa dan masuk neraka. Ini merupakan berita gembira kepada Rasulullah SAW dan pendakwah Islam.

2. Apa pun usaha untuk melawan Rasulullah SAW (juga pendakwah Islam) tidak akan berjaya walaupun mereka mempunyai harta kekayaan yang banyak. Ini kerana Allah SWT beserta dengan Rasulullah SAW dan sesiapa yang menyambung tugasnya.

3. Abu Lahab merupakan simbol penentang islam. Akan ada penentangan dari keluarga terdekat dan dari musuh Islam jika dakwah Islam dilaksanakan.

4. Kaum wanita juga akan menerima nasib sama seperti Arwa/ Ummu Jamil jika bertindak sama sepertinya.

5. Harta yang banyak tidak memberi makna jika tidak digunakan ke jalan yang benar iaitu jalan penyeruan kepada Islam.

Oleh itu, ini merupakan motivasi kepada setiap individu muslim, jangan takut atau ragu-ragu untuk menyeru manusia sejagat kepada Islam dan hanya mentauhidkan diri kepada Allah SWT. Usaha ini pasti mendapat pembelaan dari Allah Pemelihara sekelian makhlu dan alam ini.

No comments:

Post a Comment